33 Pendaki Sesat Di Gunung Brik

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 2:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BAU: Seramai 33 pendaki dikhuatiri hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Brik, Kampung Tringus, kira-kira 30 kilometer dari pekan Bau sejak Sabtu lalu.

Laporan rasmi kehilangan mereka dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 8.30 pagi tadi oleh seorang lelaki bernama Royling Ken yang melaporkan kumpulan pendaki itu gagal pulang pada masa yang ditetapkan pada Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ekspedisi pendakian Gunung Brik itu dianjurkan sebuah kelab mendaki dan disertai 33 pendaki pada Sabtu lalu dan mereka dijangka balik semalam.

Katanya pendakian dari Kampung Tringus ke Gunung Brik mengambil masa kira-kira enam jam.

Jurucakap itu berkata Pasukan Gerakan Operasi (PGO) menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.10 pagi tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau telah digerakkan untuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Operasi SAR turut disertai Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pasukan elit Multi Skill (MUST) JBPM Sarawak, yang mula bergerak ke lokasi tengah hari ini," katanya.

Beliau berkata operasi SAR turut disertai polis, Rela dan penduduk kampung. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan