Mayat Hampir Reput Ditemui Di Bawah Jambatan

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mayat seorang lelaki ditemui di bawah jambatan Sungai Kelantan di Kampung Tendong, Pasir Mas di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, ACP Baharom Abu berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung bersama timbunan kayu dan sampah oleh seorang pengayuh basikal yang kebetulan melalui jambatan itu.

"Polis menerima panggilan pukul 9.30 pagi mengenai penemuan mayat yang hampir reput itu, yang dipercayai meninggal dunia lebih daripada tiga hari lepas," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk bedah siasat dan setakat ini, polis tidak menerima laporan mengenai orang hilang daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, pengayuh basikal, Mohd Erman Abdullah, 25, berkata dia melihat mayat terbabit selepas berhenti untuk mengambil gambar swafoto di atas jambatan berkenaan.

Dia kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat tersebut. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan