Kumpulan Penculik Di Tawi-Tawi Lumpuh Selepas Dua Ketua Ditembak

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kumpulan penculik rentas sempadan yang berpangkalan di Tawi Tawi kini ketiadaan pemimpin apabila dua pemimpin utamanya maut ditembak, manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.

Dalam kejadian malam Khamis, tiga daripada tujuh suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina mati dalam kejadian tembak-menembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Pulau Gaya di Semporna.

Skuad polis elit Malaysia, Tiger Platoon, telah menembak mati Abraham Hamid, yang digambarkan sebagai seorang kingpin penculikan oleh tentera Filipina.

Dua lelaki bersenjata lain, termasuk seorang penyeludup terkenal dikenali sebagai Albaris, yang bersama dengan Abraham, serta seorang tebusan mungkin telah terbunuh dalam kejadian pada malam tersebut.

Mereka masih belum ditemui.

Terdapat juga kemungkinan mereka mungkin telah melarikan diri bersama tebusan itu dan cuba pergi ke selatan Filipina atau bersembunyi di pulau-pulau di Semporna.

Seorang lagi kingpin penculikan, Jul Hassan, yang dipercayai berada di perairan Lahad Datu-Semporna pada malam Khamis, juga telah terperangkap dalam pertempuran dengan Angkatan Tindakan Khas Filipina di kawasan Baligtan berhampiran Pulau Sitangkai, awal pagi Sabtu.

Jul, ketika itu berada dalam sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Sekurang-kurangnya seorang daripada ahli kumpulan lelaki bersenjata itu telah dibunuh.

Sumber berkata, Jul bagaimanapun dapat melarikan diri walaupun cedera. Pasukan keselamatan dari Malaysia dan Filipina kini memburu baki ahli kumpulan lelaki bersenjata yang terlepas.

Sumber perisikan berkata Jul dan empat lelaki sedang berada dalam bot laju kedua yang memasuki Lahad Datu pada malam Khamis, manakala Abraham dan enam yang lain berada dalam kapal lain.

Kumpulan Abraham menculik dua nelayan dan merompak kru tiga pukat tunda sebelum mereka berdepan dengan unit elit Tiger Platun yang menunggu di bot nelayan.

Sumber berkata, Abraham, yang pernah menjadi nelayan, beroperasi di Taganak dan Sitangkai, dekat dengan sempadan Tawi Tawi.

Dia beralih arah kepada aktiviti penculikan untuk menyelesaikan pinjaman daripada seorang ahli politik berpengaruh di Tawi Tawi.

Abraham mengambil pinjaman itu untuk membeli peralatan memancing.

Dia juga telah meminjam bot laju yang dimiliki oleh ahli politik itu dan memulakan kehidupannya sebagai penjenayah, kata sumber berkenaan.

Abraham dipercayai telah bekerjasama dengan beberapa penjenayah yang terlibat dalam aktiviti dadah dan penyeludupan manusia untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka di Lahad Datu dan perairan Semporna.

Sumber itu berkata, Abraham 'menjual' beberapa mangsa yang diculik kepada kumpulan Abu Sayyaf yang kini sedang menahan lima pelayar Malaysia dan empat warga Indonesia yang diculik dari perairan Sabah.

Kumpulan Abraham juga telah bekerjasama dengan kumpulan Jul, kata sumber.

Menurut sumber, Jul, yang berusia 50-an, sebelum ini merupakan sub-komander bersama kumpulan Abu Sayyaf tetapi mahu menjadi nelayan.

Kemudian, dia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti jenayah sebelum membentuk kumpulan sendiri untuk menjalankan 'perniagaan' penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan