Bot Karam, Dua Pelajar Dikhuatiri Hilang Di Tasik Di Miri

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 10:19 AM

Gambar fail Taman Negara Loagan Bunut

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua pelajar warga Nigeria sebuah universiti swasta di Miri dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Amatie Mohamad dan Enine Danial, manakala empat lagi pelajar dan pemandu bot terselamat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.01 pagi Isnin.

Menurut jurucakap pusat itu, bot gentian kaca berukuran 20 kaki yang membawa rombongan enam pelajar Curtin University, Miri dan pemandu bot dipercayai karam semasa aktiviti meninjau dan kajian kehidupan liar, iaitu buaya di kawasan tasik tersebut.

Beliau berkata kejadian disedari seorang pemandu bot awam warga tempatan yang kebetulan melalui tempat yang sama dan seterusnya membuat laporan kepada pengurus taman, Anthony Chong.

Chong memaklumkan pengurusan taman kemudian menggerakkan satu pasukan penyelamat seramai lima orang ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Penyelamat Taman Negara Loagan Bunut, Kamal Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata pasukannya telah berada di lokasi kejadian dan setakat pukul 9 pagi ini, kedua-dua pelajar yang hilang belum dijumpai.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat akan diteruskan dengan bantuan anggota bomba dan polis.

Masa perjalanan untuk ke lokasi kejadian dari pekan Marudi ke Long Tinjar menggambil masa empat jam sebelum menaiki bot ke Long Teru yang mengambil masa sejam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan