Tiga Lelaki Terbabit Kes Gaduh Direman Tujuh Hari

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Tiga lelaki masing-masing berusia lewat 20-an yang terlibat dalam insiden pergaduhan dan berbalas tembakan akibat dendam di Bukit Selambau awal pagi Ahad, direman selama tujuh hari bermula Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abdul Hamid berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi.

"Polis masih memburu seorang lagi suspek lelaki berusia 30-an yang dikenali sebagai 'Man Askar', untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya kepada Bernama, Isnin.

Dalam kejadian semalam, polis menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan keluarga di Bukit Selambau pada pukul 4.30 pagi.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek lelaki dan merampas tiga parang, tiga rotan, sebilah pisau, peralatan pecah rumah, peralatan menghisap dadah dan alat suntikan pelali dipercayai untuk mencuri lembu.
Tags / Kata Kunci: kes gaduh , dendam , Bukit Selambau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan