Remaja Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tanjung Aru

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus deras ketika mandi laut di pantai Tanjung Aru, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata mangsa, seorang pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, dilaporkan hilang ketika mandi bersama adiknya di pantai berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bermula pukul 1 tengah hari, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa bersama-sama dengan keluarganya telah berkunjung ke pantai itu untuk tujuan berkelah dan mandi laut pada kira-kira 12 tengah hari.

Setakat jam 4.30 petang, 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam, masih gagal menemui mangsa, katanya.

Katanya, keadaan laut masih begelora dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan