Perompak Tertinggal Pistol Selepas Merompak

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 8:40 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki, seorang daripadanya  bersenjatakan sepucuk pistol melarikan beberapa utas jam tangan mewah terpakai dalam rompakan di premis menjual barangan kemas dan jam tangan mewah di sebuah pusat membeli-belah di Kepong, di sini.

Bagaimanapun, dalam kekalutan ketika melarikan diri, mereka tertinggal senjata api yang digunakan mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata rompakan berlaku ketika keadaan lengang kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

"Ketika kejadian itu hanya terdapat seorang juruwang lelaki yang merupakan anak pemilik premis berkenaan. Dia didatangi dua lelaki berpakaian baju T-shirt lengan panjang dan bertopi ketika tiada pelanggan lain di kedai itu.

Seorang daripada mereka mengacukan sepucuk pistol kepada juruwang berkenaan dan mengugut mangsa supaya tidak menjerit," katanya ketika dihubungi pemberita.

Munusamy berkata, mangsa diarahkan supaya membuka almari kaca mengandungi jam tangan mewah terpakai.

Katanya setelah suspek mengambil beberapa utas jam tangan mewah, kedua-duanya melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Munusamy berkata pihaknya masih menyiasat sama ada senjata api yang ditinggalkan suspek pistol sebenar atau pistol tiruan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan