Lemas: Semua Pihak Perlu Main Peranan - Lee

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 10:14 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa mangsa lemas selepas bot yang digunakan untuk membawa penumpang dari Jeti Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka terbalik setelah enjin bot tersangkut pada tali sauh bot pukat tunda sehingga menyebabkan dua orang lemas manakala 11 orang lagi termasuk tekong bot selamat di Jeti Tanjung Dawai pada 30 Oktober 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekerapan kes mati lemas melibatkan kanak-kanak dan remaja khususnya pada musim cuti persekolahan kini menjadi isu serius yang memerlukan intervensi pelbagai pihak.

Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC) Tan Sri Lee Lam Thye berkata selain mempergiat kempen kesedaran, pihak berkuasa dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing.

"Cuti sekolah akhir tahun telah bermula, jadi semua pihak berkaitan perlu lebih berhati-hati dalam memantau aktiviti rekreasi air terutamanya di tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

"Pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan di semua kawasan rekreasi di bawah bidang kuasa mereka dan memastikan penyelenggaraan dijalankan supaya tempat-tempat tersebut selamat untuk dikunjungi orang ramai atau pelawat," katanya kepada Bernama.

Lee berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, secara purata terdapat 596 orang mati lemas setahun antara tahun 2009 dan 2013.

Berdasarkan statistik itu, hampir separuh daripada kes-kes lemas berkenaan melibatkan kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 14 tahun.

Tambahnya, data terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat pula menunjukkan purata 700 orang mati lemas setiap tahun di negara ini terutamanya di kawasan perkelahan dan rekreasi. 

"Jika mana-mana tempat rekreasi yang didapati tidak selamat, pihak berkuasa perlu segera memaklumkan kepada orang ramai melalui papan tanda keselamatan dan tanda-tanda amaran yang boleh dilihat oleh orang ramai," tegasnya. 

Menurut Lee, antara faktor yang boleh menyebabkan lemas ialah akses tanpa batasan dan persediaan ke pantai, kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang keadaan air, kejahilan dan tidak mengambil kira atau salah menilai kebahayaan air. 

Selain itu, ketiadaan penyeliaan visual yang berterusan serta kurangnya kesedaran dan pendidikan tentang keselamatan air, kemampuan keselamatan diri dan menyelamatkan nyawa turut menjadi faktor lemas.

Dalam pada itu, katanya Majlis Keselamatan Aktiviti Air yang ditubuhkan Mei lepas merangka sebuah pelan tindakan lima tahun (2016-2020) yang antara lain bertujuan menggalak dan meningkatkan kesedaran keselamatan air dalam kalangan masyarakat, serta menyelaras pengumpulan data dan maklumat kes lemas di Malaysia.

Katanya, majlis bukan sahaja akan memberi tumpuan kepada program kesedaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah tetapi juga ibu bapa dan penjaga supaya mereka dapat menjaga anak-anak mereka di dalam atau di luar kawasan sekitar air.

Sejak cuti akhir tahun persekolahan bermula 25 November lepas, sebanyak enam kes mati lemas dilaporkan melibatkan lapan orang mangsa.

Tags / Kata Kunci: Lee Lam Thye

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan