Dua Bas Berlanggar, 30 Penumpang Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 4:35 PM

Keadaan dua bas yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Juru, awal pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seramai 30 penumpang sebuah bas persiaran cedera, dua daripadanya parah, apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah bas persiaran lain di kilometer 148.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di sini, awal Sabtu.

Dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Juru itu bas yang membawa 34 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua itu melanggar sebuah lagi bas yang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kemalangan berlaku pada pukul 5.30 pagi.

"Ekoran kemalangan itu, seramai 30 penumpang termasuk pemandu bas berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan. Semua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan," katanya di sini Sabtu.

Katanya, dua yang parah ialah penumpang dan pemandu bas yang tersepit di bahagian hadapan antara dua bas, manakala enam lagi dimasukkan ke wad HSJ dan selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Nik Ros Azhan berkata semua penumpang bas yang dilanggar dalam kemalangan itu dipindahkan ke bas ganti dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani.

Sementara itu, seorang penumpang bas Nor Waznah Md Saad, 20, berkata beliau yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Arau, Perlis dan semasa kejadian dia sedang tidur.

"Ketika itu penumpang semua sedang tidur, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan keadaan jadi kelam kabut, ada yang menjerit dan menangis kerana terkejut dan ada juga penumpang cedera," katanya ketika ditemui di HSJ.

Nor Waznah yang luka di dahi dan kepala dibawa ke HSJ dan dirawat sebagai pesakit luar sebelum bapanya datang dari Arau mengambilnya. - BERNAMA 

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan