Sindiket Dadah Warga Myanmar Tumpas

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 5:12 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM95,000 yang didalangi warga Myanmar dalam dua serbuan berasingan pada 6 Disember dan sehari selepasnya.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar ditahan dalam serbuan pertama yang dilakukan di Sungai Petani dan Lunas, Kulim.

"Dalam serbuan pertama pada 6 Disember di sebuah rumah di Bandar Utama, Sungai Petani apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki  berumur antara 25 hingga 38 tahun.

Turut dirampas 3,450 biji pil psikotropik, 800 biji pil WY dan 5.41 gram syabu bernilai RM31,000 manakala kedua-dua lelaki terbabit didapati positif dalam ujian saringan air kencing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Khamis.

Susulan penahanan suspek tersebut yang dipercayai aktif mengedarkan dadah sejak tiga bulan lalu, polis menahan sepasang lagi suami isteri di laluan keluar di sebuah stesen minyak di Lunas, Kulim pada Rabu pukul 5.30 petang.

Abdul Jalil berkata, serbuan oleh sepasukan anggota polis JSJN IPK itu berjaya menemui 9,030 biji pil psikotropik, 580 biji pil WY bernilai RM64,000 di dalam kereta jenis Nissan X-Trail yang dinaiki pasangan berusia 40 dan 42 tahun itu.

"Di samping dadah, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM25,000 dan barang kemas bernilai RM4,500. Polis turut menyita kenderaan tersebut bagi siasatan lanjut," katanya.

Abdul Jalil berkata, siasatan awal mendapati kelima-lima suspek memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) palsu dan tinggal di negara ini secara tidak sah.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerana sepatutnya kad itu digunakan oleh pelarian Myanmar untuk mencari pelindungan. Namun apa yang terjadi, mereka menyalahgunakan malah memalsukan kad tersebut dan kini aktif mengedar dadah kepada penduduk tempatan," ujarnya.

Katanya, polis kini sedang mendapatkan maklumat daripada ibu pejabat UNCHR di Kuala Lumpur untuk menyiasat status kemasukan mereka sama ada sah atau tidak.

Kesemua suspek kini direman selama seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dadah , Myanmar , UNHCR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan