Reman Pengawal Peribadi Tembak Datuk Dilanjut - Berita Jenayah | mStar

Reman Pengawal Peribadi Tembak Datuk Dilanjut

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari terhadap pengawal peribadi yang didakwa menembak mati majikannya.

Dalam insiden di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini minggu lalu, pengawal peribadi itu didakwa menembak mati majikannya, Datuk Ong Teik Kwong dan dua lagi lelaki.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan untuk melanjutkan reman terhadap ahli perniagaan berusia 32 tahun yang menaiki kereta bersama dengan Teik Kwong.

Peguam yang mewakili suspek kedua, Jason Khor berkata, anak guamnya akan dibebaskan pada Khamis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town, Ahmad Tajuddin Zain.  

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan