Dana Soros: Polis Siasat Ambiga

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 2:41 PM

 Datuk S. Ambiga

Ambiga Sreenevasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menyoal siasat Datuk Ambiga Sreenevasan selama kira-kira sejam di sini, Khamis berkaitan dengan Yayasan Masyarakat Terbuka (OSI) di mana ia sebahagian daripada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) yang diasaskan jutawan George Soros.

"Saya hanya tahu saya dipanggil sebagai bekas pengerusi Bersih berhubung dana dan OSI," katanya.

Ambiga yang merupakan pengerusi Bersih 2.0 dari 2010 hingga 2013 berkata, beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan melakukan aktiviti yang boleh menggugat demokrasi berparlimen.

"Mereka terus mendakwa kita mahu menggulingkan kerajaan. Ingin diperjelaskan bahawa tuntutan kita adalah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya ketika ditemui di luar ibu pejabat Bukit Aman pada Selasa.

Beliau berkata, dana untuk Bersih 2.0 merupakan fokus dalam siasatan dan isu tersebut bukan baharu kerana telah dibangkitkan sebelum ini pada 2012.

Menurut Ambiga, mereka telah membawa akhbar berbahasa Inggeris ke mahkamah berhubung dakwaan itu dan penerbitan berkenaan membuat permohonan maaf.

Tambahnya, Bersih sentiasa telus mengenai dana.

"Kita mahu menjelaskan bahawa Bersih 2.0 menerima dana AS$25,000 (RM110,675) dari OSI pada 2011, dan AS$9,690 (RM42,897) dari Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI).

"Kedua-duanya digunakan dalam projek berkaitan dengan pilihan raya, dan OSI atau NDI tidak dilarang oleh kerajaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan