Lelaki Bersenjata Bebaskan Tiga Anak Kapal Pukat Tunda

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 8:58 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Lelaki bersenjata yang tidak dikenali membebaskan tiga anak kapal pukat tunda warga Indonesia pada Selasa selepas ditahan semalaman.

Ketiga-tiga mereka ditahan berhampiran pulau Baguan di selatan Filipina pada Isnin sebelum dibebaskan.

Ketiga-tiga nelayan itu dilaporkan dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Dipercayai bahawa pemilik kapal pukat tunda yang berpangkalan di Sandakan atau ejen pemilik pukat tunda itu bertindak menyeberangi sempadan untuk berunding berhubung pembebasan segera tiga anak kapal itu.

Sumber Filipina di Taganak berkata tiga anak kapal Indonesia itu ditahan oleh kumpulan bersenjata yang "tidak dikenali" kerana mereka menangkap ikan dalam perairan Filipina.

Ketika dihubungi, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, terdapat khabar angin mengenai kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata tidak ada laporan rasmi mengenai kejadian berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan