Teik Kwang Pernah Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 9:28 AM

Teik Kwang maut selepas ditembak pengawal peribadinya dalam kejadian pada malam 1 Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwang, yang maut ditembak Khamis lalu, pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) sebelum ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, berkata Teik Kwang pernah ditahan beberapa kali oleh polis sebelum ini dan antara salah seorang tahanan undang-undang tersebut di Simpang Renggam.

"Walaupun dia pernah ditahan polis sebelum ini, dia tidak pernah dituduh di mahkamah.

"Dia dibebaskan selepas undang-undang tersebut dihapuskan pada 2011," kata Abdul Ghafarketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Pesara Pegawai Kanan Polis di sini, petang Selasa.

Beliau berkata, mereka yang ditahan di bawah EO biasanya terlibat dalam kes keganasan tetapi mereka tidak didakwa di mahkamah kerana polis tidak mempunyai bukti yang cukup.

Dalam kejadian pada 1 Disember lalu, Teik Kwang maut selepas ditembak pengawal peribadinya sendiri yang berusia 37 tahun sebelum suspek turut melepaskan tembakan rambang yang menyebabkan dua orang awam maut.

Abdul Ghaffar berkata, suspek yang baharu bekerja sehari bersama mangsa melepaskan 11 tembakan berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.

"Siasatan semula di lokasi kejadian akan dilakukan semula pada Rabu bagi membolehkan pegawai penyiasat mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku ke atas semua mangsa.

"Kita menjangkakan siasatan lengkap akan siap dalam tempoh tujuh hari lagi sebelum laporan dapat diserahkan kepada pihak pendakwaan," katanya.

Sementara itu, polis dijangka memohon lanjutan perintah reman tujuh hari lagi ke atas dua suspek kejadian yang tamat pada Rabu, selepas mereka mula ditahan Jumaat lalu, bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal peribadi kepada seorang 'Tan Sri' di Kuala Lumpur sebelum mula berkhidmat dengan Teik Kwang.

Tags / Kata Kunci: Ong Teik Kwang , Ordinan Darurat

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan