Polis Ambil Tindakan Terhadap Ulat Trafik

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 7:00 AM

Noor Rashid (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang bekas anggota pasukan F Ahmad Mahadi (tengah) pada majlis Makan Malam Pasukan F Jasamu Dikenang di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, malam Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melantik mana-mana orang awam menjadi orang tengah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bayaran saman trafik yang lebih rendah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata orang awam yang ingin membuat bayaran saman, hanya boleh berbuat demikian melalui kaunter bayaran saman yang disediakan.

"Sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertindak menjadi 'ulat trafik' atau orang tengah yang mengambil wang daripada orang ramai untuk membayar saman.

"Polis akan ambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang cuba berbuat demikian. Polis akan menahan ulat-ulat ini kerana mengganggu ketenteraman awam," katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini malam Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mengenai kehadiran orang tengah atau 'ulat' yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan diskaun bagi bayaran saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis makan malam itu adalah bagi menghargai pengorbanan wira dalam Pasukan F yang juga skuad risikan yang mempertahankan negara daripada ancaman anasir subversif Parti Komunis Malaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , ulat trafik

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan