Stor Kilang Tayar Di Taiping Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 10:52 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Sebuah stor menyimpan tayar motosikal di kilang Everthrough Rubber Products Sdn Bhd di kawasan perusahaan Kamunting di sini terbakar petang Selasa.

Komandan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohamed Habib Mohamad Dali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 6.46 petang. 

Katanya sebaik tiba, api telah merebak sehingga 75 peratus daripada keseluruhan stor di dalam kilang tersebut. 

"Kawasan stor itu juga dijadikan asrama yang menempatkan 194 pekerja warga Nepal, Myanmar dan Bangladesh, namun mereka semua selamat," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Selasa malam.

Beliau berkata, operasi memadam dan mengawal kebakaran yang masih berjalan ketika ini melibatkan 82 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar dan pasukan bomba sukarela selain polis. 

Sementara itu, pengawal keselamatan stor berkenaan, Ahmad Nazim, 49, berkata kebakaran bermula dari bahagian belakang stor dan hanya menyedarinya setelah diberitahu oleh pekerja. 

"Saya terus memeriksa di belakang dan mendapati api sedang marak dengan pantas lalu saya segera menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan