Tiga Beradik Ditemui Mati Lemas Dalam Parit

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 11:36 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing di Kampung Permatang Jerek Merchong di Nenasi dekat Pekan, petang Isnin.

Tiga mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11, dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui lemas di kawasan parit yang mempunyai kedalaman kira-kira enam kaki kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah untuk pergi memancing di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Semasa kejadian, bapa mangsa ada di rumah. Jarak rumah ke tempat kejadian kira-kira 300 meter, dan setelah mendapati anak-anaknya belum pulang ke rumah menyebabkan beliau keluar mencari tiga beradik itu," katanya.

Amran berkata apabila bapa mangsa tiba di tempat kejadian, beliau ternampak Nor Aleeza terapung dan beliau mengangkat mayat anaknya itu ke tebing parit tersebut.

Katanya Mohamad Firdaus dan Nor Alia pula dijumpai dalam kawasan parit berkenaan dengan bantuan jiran yang turut serta mencari tiga kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tiga beradik , lemas

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan