Hospital KL Gempar Pesakit Dipercayai Bunuh Diri

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 2:52 PM

SEORANG anggota polis mengawasi mayat lelaki yang ditemukan terdampar di Aras Satu Hospital Kuala Lumpur pada 5 Disember 2016. - Ihsan Facebook Info Roadblock Jpj/polis

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kakitangan dan pesakit di Hospital Kuala Lumpur digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar dia atas bumbung Aras Satu bangunan tersebut awal pagi Isnin.

Menurut maklumat laman Facebook Info Roadblock Jpj/polis yang memetik kenyataan media Ketua Polis Dang Wangi, kejadian itu berlaku pukul 7.20 pagi apabila seorang jururawat dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

Siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh di atas kompresor alat penghawa dingin di atas bumbung Aras Satu bangunan Hospital Kuala Lumpur.

Jelas kenyataan terbabit, mangsa merupakan pesakit hospital itu yang berusia 60 tahun dan sedang menjalani rawatan di Wad 26 di Tingkat Lima kerana penyakit ketumbuhan, jantung, paru-paru dan mengalami gangguan mental.

"Mangsa dimasukkan ke wad itu pada 26 November lalu dan didapati keluar wad itu pukul 2.30 pagi pada 5 Disember (Isnin).

"Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan tiada unsur-unsur jenayah dikesan.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah kenyataan tersebut tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Tags / Kata Kunci: Hospital Kuala Lumpur

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan