Video: Suspek Peragut Ditahan Orang Ramai - Berita Jenayah | mStar

Video: Suspek Peragut Ditahan Orang Ramai

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Yamtuan di sini, tidak berhasil apabila mereka ditahan orang ramai, petang Ahad.

Menurut laporan yang disiarkan menerusi laman Facebook Info Roadblock Jpj/polis, kejadian itu berlaku jam 5.30 petang itu apabila mangsa yang berusia 49 tahun berada di hadapan sebuah premis bersama suaminya sebelum didatangi seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki itu menarik rantai mangsa lalu melarikan diri ke arah sebuah motosikal.

"Rakannya yang sedang menunggu di motosikal terus memecut laju. Bagaimanapun, motosikal mereka terbabas dan melanggar sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

"Orang awam kemudian menahan kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Turut disiarkan dalam laman Facebook tersebut rakaman video seorang daripada suspek ditahan dan dipukul orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Tags / Kata Kunci: Peragut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan