Jururawat Mengandung Lapan Bulan, Anak Maut Dalam Kemalangan - Berita Jenayah | mStar

Jururawat Mengandung Lapan Bulan, Anak Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang mengandung lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun maut selepas kereta mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Kalumpang-Tanjung Malim pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, Husnadia Abd Razif, 30, dan anaknya Muhammad Qhalif Fayyadh Mohd Faizul meninggal akibat tersepit di dalam Perodua Kancil yang dipandu Husnadia.

Sementara itu pemandu Perodua Viva yang turut terbabit dalam nahas itu Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 21, dilaporkan cedera parah manakala rakannya Syarifah Nadia Mohd Abdul, 21, cedera ringan.

Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata pihak bomba dan penyelamat mengeluarkan ibu dan anaknya yang tersepit itu.

"Setelah dikeluarkan, pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Keadaan kandungan Husnadia tidak dapat ditentukan.

Mayatnya dan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan Husnadia bertugas di Klinik Kesihatan Kalumpang, Hulu Selangor. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: kemalangan , jururawat , maut
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan