Galah Tiga Meter Diguna Bunuh Lelaki Sedang Tidur

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 9:09 PM

Abdul Aziz menunjukkan galah sepanjang tiga meter yang digunakan untuk membunuh seorang lelaki yang sedang tidur di Kampung Melayu, Subang pada Isnin lepas. foto M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Parang yang diikat dengan galah sepanjang  tiga meter telah digunakan sebagai senjata untuk membunuh seorang lelaki yang sedang tidur di Kampung Melayu, Subang, di sini, pada Isnin lepas (28 Nov).

Tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota polis, dipercayai telah melakukan jenayah itu melalui tingkap bilik tidur mangsa berkenaan, hanya dengan upah RM1,200 setiap seorang.

Ini semua akibat cemburu seorang lelaki warga Indonesia apabila isteri keduanya diganggu, dan dia bertindak mengupah ketiga-tiga lelaki itu untuk membunuh lelaki yang mengganggu isterinya di rumah berkenaan, pada pukul 2.30 pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata isteri mangsa yang menyedari kejadian berkenaan, sempat merampas galah itu  tetapi ketiga-tiga lelaki itu dapat meloloskan diri.

"Mangsa yang ditikam itu dikenali sebagai Yanto, 20an, mengalami pendarahan parah di perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Abdul Aziz berkata mangsa disahkan meninggal dunia dua hari kemudian selepas dirawat di hospital itu.

Ditanya pemberita sama ada suspek yang mengupah tiga lelaki itu turut terlibat dalam cubaan membunuh mangsa, Abdul Aziz berkata suspek itu dipercayai bertindak sebagai dalang.

Keempat-empat mereka ditahan di Kampung Melayu Subang pada Jumaat lepas.

Bekas anggota polis yang ditahan itu, merupakan anggota yang dipecat daripada perkhidmatan kerana mempunyai kes salah laku, katanya.

Kesemua mereka ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: galah , bunuh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan