Dua Lelaki Terkandas Lebih 12 Jam Di Laut Diselamatkan

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 10:47 AM

PIHAK berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dua lelaki yang hilang di laut selepas bot yang dinaiki mangsa karam di persisiran pantai Malindo pada 3 Disember 2016. - WAN MOHIZAN/ WAN HUSSEIN/The Star

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Dua lelaki terselamat selepas semalaman terkandas di laut dengan hanya berpaut pada bekas yang digunakan untuk menyimpan ikan selepas bot mereka karam di persisiran Pantai Malindo sini.

Polis berkata, Lim Thing Guan, 68, dan Jamil Mohd Noor, 50, sibuk menarik pukat yang mereka pasang sebelum ombak kuat membadai bot sepanjang 7.3 meter yang diperbuat daripada gentian kaca, menyebabkan ianya karam kira-kira pukul 7 petang Jumaat.

Kedua-dua mangsa terpaksa bertahan dengan berpaut pada bekas ikan tersebut.

Awal pagi Sabtu, Lim ditemukan nelayan kira-kira 8 pagi dan diselamatkan.

Kira-kira 10.05 pagi, dia membuat laporan polis untuk melaporkan kehilangan rakannya, Jamil yang masih belum ditemukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya dimaklumkan mengenai kes tersebut dan melancarkan operasi mencari Jamil.

Ketika dalam misi pencarian, pihak penyelamat dimaklumkan tentang penemuan Jamil oleh nelayan dan mangsa dijumpai dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke jeti Sungai Pinang.

Jamil kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau tetapi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.


Tags / Kata Kunci: Pantai Malindo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan