Pendandan Rambut Maut Ditikam Akibat Pergaduhan

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 2:24 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pendandan rambut berusia 20 tahun mati ditikam dalam kejadian pergaduhan di tempat letak kereta luar sebuah pusat beli-belah di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira 3.50 pagi Ahad dan pihak polis hanya mengetahui kes tersebut selepas dimaklumkan oleh pihal Hospital Sultanah Aminah (HSA) tentang kehadiran seorang pesakit dengan kesan tikaman di dada dan perutnya.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas salah faham antara mangsa dan beberapa individu yang lain di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang identitinya tidak didedahkan, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan HSA pada kira-kira 5.50 pagi pada hari yang sama.

ACP Sulaiman berkata polis telah menahan dua lelaki - seorang tukang paip berusia 19 tahun dan seorang juruteknik penghawa dingin berusia 28 tahun untuk membantu dalam penyiasatan kes tersebut.

"Kami juga mendapati bahawa juruteknik terlibat dikehendaki polis berhubung kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) (n) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan mempunyai tiga rekod jenayah yang berkaitan dengan kes rompakan.

"Kami masih mencari dua lagi lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan," katanya.

ACP Sulaiman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di 07-221 2999.

Tags / Kata Kunci: Tikam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan