Polis Rampas Dadah Bernilai RM1 Juta

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 6:52 PM

Mohd Mokhtar (lima dari kiri) menunjukkan ramapsan dadah yang bernilai RM1 juta pada sidang media, Ahad Foto: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang diseludup ke Singapura menggunakan motosikal serta merampas dadah jenis heroin seberat 27 kilogram bernilai RM1 juta dalam serbuan pada 2 Disember lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kejayaan operasi itu hasil kerjasama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor, dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura.

"Pihak kita bersama CNB Singapura melakukan 10 serbuan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, bermula 3 pagi hingga 12 tengah hari pada 2 Disember lalu.

"Dalam serbuan pertama di Kulai, polis menahan seorang lelaki dan menemui dadah jenis heroin seberat 27 kilogram di dalam keretanya. Hasil siasatan terhadap suspek membawa kita ke sebuah pangsapuri dan polis merampas dadah jenis heroin seberat 310 gram.

"Susulan serbuan tersebut, polis menahan 14 suspek lain termasuk seorang yang disyaki dalang sindiket terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Ahad.

Beliau berkata suspek terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita, dengan 10 ditahan di Johor Bahru, empat di Segamat dan seorang di Kuala Lumpur.

Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek adalah warga tempatan, melibatkan 14  lelaki berusia 18 hingga 40 tahun, manakala wanita terbabit berumur 29 tahun.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati tiga daripada kesemua individu yang ditahan itu positif dadah jenis amphetamine, dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

"Hasil siasatan awal juga mendapati sindiket ini baru beroperasi dan polis sedang menyiasat sama ada terdapat sindiket lain yang terlibat dan sekiranya ada kita akan buat tangkapan susulan.

"Polis juga menyita harta dalam serbuan dilakukan berjumlah RM730,000 melibatkan wang tunai RM289,000, tujuh kereta dan sebuah motosikal," katanya.

Beliau berkata dadah yang dirampas itu boleh digunakan untuk bekalan kira-kira 67,000 individu.

Katanya kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 9 Dis ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Pengarah CNB Singapura, Ng Ser Song.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan