Pelajar Hilang Semasa Berkhemah Di Sungai Chiling

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 1:23 PM

Sungai Chiling.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada pukul 3.20 pagi.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Mohd Sani berkata, gerakan SAR dilakukan di kawasan sekitar tapak perkhemahan itu, namun Anis Fatihah masih belum dijumpai dan sehingga kini pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm).

Beliau berkata, operasi SAR dilakukan di laluan darat dan sungai turut dibantu unit penyelam dari lubuk air terjun Sungai Chiling.

"Ini kerana kami ada menemui sepasang telekung dan kasut sebelah kiri dipercayai milik pelajar itu di kawasan berkenaan...keluarganya mengesahkan barangan itu merupakan milik Anis," katanya.

Difahamkan, seramai 47 pelajar menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama Umno Bahagian Bandar Tun Razak. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sungai Chiling

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan