Suspek Bunuh Ibu Tunggal Dipercayai Berada Di Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 4:19 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu percaya suspek yang menikam seorang ibu tunggal warga Thailand hingga maut di Kampung Che Jah minggu lepas masih berada di dalam negara ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata percaya suspek berada di Kelantan setelah mengenal pasti kediaman suspek yang terletak di Rantau Panjang.

Katanya pihaknya juga telah memaklumkan kepada Polis Thailand dan pihak keselamatan yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan suspek yang berusia sekitar 20-an itu.

"Kita juga turut mengedarkan gambar dan identiti suspek dan kita percaya suspek masih berada di sekitar Kelantan. Selain bekerjasama dengan polis dari negara jiran kita juga bekerjasama dengan kontinjen berdekatan bagi memburu suspek," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Polis juga turut menahan sepupu mangsa yang juga pekerjanya berusia 30-an bagi membantu siasatan.

Ahad lalu mangsa, dikenali sebagai Hayimatiyoh @ Sharipah,35, dijumpai terbaring di bahagian dapur rumahnya oleh sepupunya itu kira-kira pukul 7.30 malam dengan sembilan kesan pukulan di bahagian kepala dan muka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , ibu tunggal

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan