Pengawal Peribadi Dipercayai Ada Masalah Mental - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengawal peribadi yang melepaskan tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menyebabkan tiga maut malam Khamis dipercayai mengalami masalah mental.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek mendedahkan lelaki itu ada masalah mental.

"Kami merampas pistol miliknya susulan penangkapan tersebut.

"Biar polis siasat insiden itu terlebih dahulu dan mahkamah memutuskan motif pembunuhan," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Khalid berkata pistol yang digunakan semasa kejadian merupakan milik sebuah syarikat keselamatan dan suspek mempunyai permit untuk membawa dan menggunakan senjata api tersebut.

Lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi ada pengalaman sebagai askar wataniah.

Pengawal peribadi itu berada di dalam kereta bersama dengan bosnya dan seorang lagi lelaki di mana suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata dan menembak mati mangsa.

Dua lagi lelaki yang maut dalam insiden pada malam Khamis itu adalah seorang pemandu dan juga seorang penunggang motosikal.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan