Polis Johor Rampas Dadah Bernilai RM166,100

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 3:27 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pelbagai dadah bernilai RM166,100 berjaya dirampas dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Mount Austin, di sini pada 29 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Lukas Aket berkata serbuan itu dilakukan antara 3 hingga 4 petang di tepi Jalan Mutiara Emas 9/23 serta sebuah rumah di kawasan berhampiran.

Katanya hasil daripada serbuan itu, dua lelaki tempatan berusia 26 dan 27 tahun ditahan manakala 5,000 pil jenis eramin, 5,980 pil disyaki ecstasy, 146 gram serbuk putih dipercayai ketamin dan sebuah alat penimbang berat, dirampas.

Polis turut menyita wang tunai RM6,100, mata wang Singapura SGD1,524 dan dua kereta mewah jenis Audi A3 serta Mercedes Benz C200.

"Sindiket ini dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas dan menjalankan aktiviti di pusat hiburan sekitar Johor Bahru. Dadah dibekalkan dari kawasan utara Semenanjung dan pasaran tempatan," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Lukas berkata berikutan kejayaan penahanan kedua-dua suspek, polis percaya bahawa kemasukan sejumlah besar dadah ke negeri ini telah dapat disekat.

"Sekiranya polis gagal menghalang perkara ini, kuantiti dadah yang dirampas ini cukup untuk merosakkan hampir 6,000 orang," katanya.

Kedua-dua suspek yang didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata sejak Januari hingga November lepas, 16,828 individu ditahan berkaitan dadah di negeri ini.

Pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat 796.8 kilogram dengan nilai kira-kira RM26.19 juta turut dirampas, selain penyitaan wang tunai dan harta pengedar dadah yang bernilai RM10.85 juta. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JSJN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan