Lelaki Bangladesh Maut Dikelar Di Nilai

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Flat Cempaka Puri, Nilai dekat sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa yang dijumpai kira-kira pukul 8.51 malam itu dikenali sebagai Bilal Hossain berusia 30 tahun.

"Siasatan yang kita lakukan di tempat kejadian dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa ditemui terbaring di atas lantai di tengah-tengah ruang tamu dan terdapat banyak darah di sekeliling mayat mangsa.

"Hasil pemeriksaan tubuh badan mangsa yang memakai baju T bewarna oren dan berkain pelikat mendapati terdapat kesan kelar pada leher si mati. Hasil siasatan turut menemui sebilah pisau pemotong ikan berhulu besi di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Zaldino berkata difahamkan mangsa yang tidak bekerja dan hanya menumpang di situ, merupakan seorang pemabuk dan suka membuat bising terutama pada waktu tengah malam.

"Kita percaya kejadian ini melibatkan lebih daripada seorang suspek dan rakan serumah mangsa yang telah melarikan diri ketika ini sedang diburu," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan