Detik Cemas Kejadian Rompakan Dirakam

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Detik-detik cemas satu kejadian dipercayai rompakan bersenjata sempat dirakamkan orang awam di sekitar ibu negara, pada Khamis.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan laman Facebook, Ifo Roadblock Jpj/Polis, kejadian berkenaan berlaku berhadapan Petronas Seksyen 15 Bangi.

Jelas maklumat itu, kumpulan penyamun yang menaiki dua buah kereta jenis Toyota Hilux dan Proton Persona cuba merompak mangsa yang menaiki kereta mewah Mercedes berwarna hitam.

Mangsa dipercayai membawa wang tunai gaji pekerja dan diekori dari Uniked sebelum dihimpit oleh kedua-dua buah kereta suspek berdekatan bulatan Seksyen 15.

Namun rompakan tersebut gagal dan ketiga-tiga buah kereta terbabas.

Dalam rakaman selama 39 saat itu, kelihatan pemandu kereta Proton Persona memandu berlawanan arus sebelum melanggar sebuah motosikal.

Kemudiannya, pemandu lelaki itu melarikan diri ke seberang jalan.

Tiada maklumat yang diterima oleh pihak polis bagi mengesahkan kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Rompakan , Seksyen 15 Bangi

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan