Mayat Lelaki Bogel Ditemui Di Serdang Lama

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dijumpai dalam keadaan bogel dipercayai dipukul di kawasan semak dekat Jalan Telaga Hijau, Serdang Lama di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Aminuddin Megat Alias berkata polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 3.55 petang Khamis berkenaaan penemuan mayat lelaki dengan kesan pukulan di kepala serta mata itu.

"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang mempunyai ulat serta berbau," katanya ketika dihubungi Bernama, khamis malam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat lelaki , bogel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan