KPN Jamin Siasatan Menyeluruh Kes Ugut Bunuh Maria Chin

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap sampul surat yang mempunyai ugutan bunuh dan peluru hidup yang didakwa diterima oleh Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Khalid, bagaimanapun, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Maria yang mengusik bahan bukti apabila beliau memegang peluru itu untuk ditunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar.

"Beliau telah buat laporan jadi kita akan siasat," katanya.

Beliau berkata, Maria tidak sepatutnya memegang peluru itu kerana cap jari pada bahan bukti akan hilang.

"Lain kali, kalau ada apa-apa, simpan terlebih dahulu. Jangan usik. Beri kepada kami untuk kami menyiasat. Jangan musnahkan bukti-bukti yang ada," katanya.

"Apa yang kita dapat sekarang? Cap jari sebenar sudah tiada lagi. Hanya jap jari dia saja," tambah Khalid.

Sehari selepas dibebaskan dari tahanan, Maria mengadakan sidang akhbar dan mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima satu sampul surat dengan mesej ugutan bunuh yang ditulis, LAST WARNING IF NOT R.I.P Marina and Family, bersama-sama dengan peluru di dalamnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan