Jual Bayi: Dua Klinik Swasta Di Klang Diserbu Polis

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2016 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua buah klinik swasta di bandar ini diserbu polis petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan bayi. 

Jurucakap polis berkata klinik bersalin dan klinik am diserbu kira-kira pukul 3 petang oleh sepasukan anggota dari Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

Dalam serbuan "Ops Baby" itu polis turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Polis turut meminta tiga kakitangan wanita klinik berkenaan untuk hadir kebalai polis berhampiran untuk diambil keterangan, katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan klinik berkenaan di sini pada Rabu.

Serbuan itu dilakukan susulan dakwaan agensi berita antarabangsa baru-baru ini kononnya terdapat kegiatan menjual bayi di daerah itu. 

Menurut jurucakap polis itu lagi, selain dua klinik berkenaan, serbuan turut dijalankan di tiga buah klinik di dua lokasi berasingan iaitu di Tanjung Sepat, Sepang; dan di Labu, Negeri Sembilan. 

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Klinik Jual Bayi , Klang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan