Dua Lelaki Nyaris Maut Ditelan Api

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 4:25 PM

ANGGOTA bomba memadamkan api dalam kemalangan di Kilometer 12 jalan Bandar Labuk Jaya.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua lelaki terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbakar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 12 jalan Bandar Labuk Jaya di Sandakan kira-kira pukul 11.15 malam Isnin.

Pemandu kenderaan itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta pacuan empat roda tersebut terbabas ke dalam longkang.

Dua lelaki yang berada dalam kereta itu sempat keluar sebelum kenderaan itu dijilat api.

Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian kemudiannya menghulurkan bantuan untuk membawa kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan ke hospital.

Ketika dihubungi pada Selasa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, sebuah jentera bomba bersama empat anggota dikerah ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.

"Kenderaan mangsa sudah dijilat api ketika pasukan kami tiba di lokasi kurang 10 minit selepas menerima panggilan," katanya.



Tags / Kata Kunci: Kereta Terbakar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan