Rasuah Projek PBT: Pegawai Bergelar 'Datuk' Direman Empat Hari

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 11:03 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pegawai awam bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, Selasa.

Pegawai lelaki berusia 55 tahun itu diperintah supaya ditahan reman selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Syarina Shaarani @ Tan membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula hari ini.

SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang jutaan ringgit, dipercayai diraih menerusi rasuah.

Pegawai awam itu ditahan SPRM kira-kira 2 petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang berpakaian sut lengkap itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi anggota SPRM sebelum meninggalkan mahkamah hampir sejam kemudian.
Tags / Kata Kunci: tahan reman , PBT , rasuah , SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan