Pemandu Lori Ditahan Bantu Siasatan Kes Hina Sultan Muhammad V

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Polis menahan seorang pemandu lori berumur 49 tahun pada 11.30 malam Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung kes memuat naik status dan gambar menghina Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, suspek yang berasal dari Kerian, Perak itu ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di negeri tersebut, sebelum diserahkan kepada polis Kelantan.

"Setakat ini, tujuh laporan polis dibuat berhubung kes tersebut termasuk empat di Bachok dan masing-masing satu di Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.

"Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Jelawat di sini, Isnin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohamad Fakri Che Sulaiman.

Beliau mengulas laporan berhubung seorang lelaki dikenali sebagai Rosli Johol yang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memuat naik gambar dan status di laman sosial Facebooknya yang menghina Sultan Kelantan.

Ab Rahman berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media massa.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai tiga anak itu juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan rumah ibadat pada 1993.

Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat pemeriksaan mental terhadap suspek di hospital. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan