Suspek Penjenayah Ditembak Serang Polis Di Sungai Petani - Berita Jenayah | mStar

Suspek Penjenayah Ditembak Serang Polis Di Sungai Petani

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang individu yang dipercayai anggota geng pecah rumah ditembak berdekatan Taman Ria di sini pagi tadi, setelah cuba menyerang anggota polis.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila pihak polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki empat orang yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank dekat kawasan perumahan itu.

Mereka bagaimanapun tergesa-gesa beredar selepas ternampak kelibat kereta peronda polis, katanya dalam satu kenyataan.

"Berlaku kejadian mengejar kenderaan itu yang berlarutan selama 20 minit, merentasi beberapa taman dan akhirnya sampai ke sebuah kampung di belakang SMK Dato' Bijaya Setia.

"Namun jalan kampung yang sempit itu menyukarkan kereta suspek melepaskan diri lalu terlanggar sebuah tiang lampu TNB.

"Selepas perlanggaran itu, salah seorang suspek cuba menyerang anggota polis yang mengejar mereka, dengan sebilah parang namun anggota polis terbabit sempat melepaskan tembakan yang mengenai betis kiri suspek," kata Md Zukir.

Beliau berkata tiga lagi rakan suspek berjaya diberkas kemudiannya dengan bantuan anggota polis lain yang turut berada dilokasi tersebut.

"Manakala pada pukul 12.30 tengah hari tadi, seorang lagi lelaki ditahan di Taman Seri Angsana, menjadikan keseluruhannya lima suspek berusia antara awal 30-an dan 40-an berjaya ditangkap.

"Pihak polis turut merampas pelbagai jenis peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah rumah yang disimpan di dalam kereta suspek," katanya.

Seorang suspek turut cedera pada hidung akibat kereta mereka melanggar tiang lampu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Taman Ria , Sungai Petani , Md Zukir Md Isa
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan