Enam Perompak Samun Tiga Mangsa Dalam Setengah Jam Di Pedas

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Dalam masa setengah jam, enam suspek termasuk seorang wanita melakukan jenayah samun bersenjata ke atas tiga mangsa di sekitar kawasan perumahan di Pedas di sini melibatkan kerugian lebih RM40,000, kata polis.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superitendan Ibrahim Sharif berkata, suspek yang menaiki tiga buah motosikal dikatakan berlegar mencari mangsanya yang terdiri daripada suri rumah yang sedang leka melakukan rutin harian seperti menyidai pakaian dan menyiram pokok Bunga.

"Kejadian pertama berlaku di Taman Pedas Perdana kira-kira pukul 9 pagi, suspek kemudiannya menuju ke Pinggiran Pedas dan melakukan jenayah samun di situ kira-kira pukul 9.20 pagi.

Mereka seterusnya menuju ke Rumah Rakyat Pedas kira-kira pukul 9.30 pagi dan samun di kawasan ini pula. Suspek akan mengambil rantai dan barangan kemas serta barang berharga yang lain pada mangsanya.

"Seorang daripada mangsa merupakan seorang wanita yang membawa beg berisi wang tunai hasil perniagaan untuk dimasukkan ke dalam bank telah disamun ketika mahu memasuki kereta di hadapan rumahnya. 

"Suspek mengacukan parang bagi tujuan menakutkan mangsanya tetapi tidak mencederakan mangsa," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Ibrahim berkata polis kini sedang giat memburu keenam-enam suspek terbabit.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Pedas , Rembau , samun

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan