Malaysia Bukan Hab Penjualan Bayi - KPN

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 12:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan bahawa Malaysia merupakan hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan stesen televisyen Al-Jazeera.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa aktiviti penjualan bayi berlaku di negara ini, namun ia tidak semudah yang dilaporkan dalam program terbitan Al-Jazeera pada Jumaat.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan aktiviti pemerdagangan dan sebarang bentuk eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan.

"PDRM akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan yang dibuat pihak Al-Jazeera bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, polis giat menangani isu berkenaan dan ini dibuktikan dengan tindakan yang diambil Unit Anti pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Orang (Atipsom) D7C yang ditubuhkan pada 2008, dan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Beliau turut mengesa masyarakat supaya mengambil anak angkat dengan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan tidak wujud ruang untukeksploitasi kanak-kanak. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan