KPWKM Gesa Polis Siasatan Dakwaan Penjualan Bayi

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan berhubung dakwaan penjualan bayi di Malaysia seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

KPWKM dalam kenyataan hari ini, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu yang disifatkan amat kejam dan tidak bermoral.

"Sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, KPWKM memandang serius isu penjualan kanak-kanak kerana ia bercanggah dengan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan juga Protokol Pilihan berkenaan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan-bahan lucah terhadap kanak-kanak. 

"Malaysia mempunyai komitmen untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah kanak-kanak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti penjualan dan pelacuran," menurutnya.

Kementerian itu mengulas dokumentari bertajuk "Malaysia: Babies For Sale" yang disiarkan dalam program 101 East, Al-Jazeera semalam (25 November).

Menurut kenyataan itu, Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] menetapkan mana-mana orang yang terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sekiranya perbuatan itu dilakukan bagi tujuan eksploitasi seksual atau pelacuran, pihak terbabit boleh dihukum di bawah Seksyen 43(1)(aa) akta sama iaitu hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya,". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan