Polis Tahan Empat Individu Bertindak Agresif Di Kedutaan Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 8:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar dan seorang warga tempatan kerana bertindak agresif ketika bantahan ekoran kezaliman terhadap etnik Rohingya, di Kedutaan Myanmar, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.

Amar Singh yang ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di IPD Dang Wangi di sini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Malaysia telah menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan perlu bagi menangani penghapusan etnik yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di utara negara itu.

Kementerian Luar Malaysia berkata ia akan memanggil duta besar Myanmar di Malaysia untuk menghadap bagi menyampaikan kegusaran Kerajaan Malaysia tentang isu itu.

Katanya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pula akan mengadakan perjumpaan dengan Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar Daw Aung San Suu Kyi dalam tempoh secepat mungkin.

"Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat dalam keganasan terbaru supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk keganasan dahsyat yang berlaku di Rakhine sejak beberapa bulan lepas dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah serta menyebabkan banyak penduduk terpaksa melarikan diri dari kampung halaman masing-masing.

Pada Jumaat, kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Tabung Haji di sini untuk membantah keganasan terhadap etnik Rohingya.

"Hentikan pembunuhan! Hentikan pembunuhan beramai-ramai!," laung mereka selepas menunaikan solat Jumaat.

Himpunan turut disertai PAS dan beberapa NGO, termasuk gerakan Baju Merah dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Pada Isnin, AFP melaporkan sebanyak 1,000 rumah dibakar dalam operasi tentera di Rakhine yang meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa dan menyebabkan 30,000 penduduk terpaksa menjadi pelarian.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan kira-kira 25,000 etnik Rohingya terperangkap di tengah lautan pada awal 2015, selepas mereka melarikan diri dengan menaiki bot untuk mencari perlindungan di beberapa negara, termasuk Malaysia.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan