Ibu Mengandung Antara Tujuh Ditahan Terlibat Kes Tipu Gores, Menang

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang ibu mengandung antara tujuh individu yang ditahan Rabu lalu kerana terlibat dalam kes penipuan gores dan menang membabitkan kerugian lebih RM300,000 di bandar raya ini sejak tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Lee Ewe Kiang berkata wanita mengandung tujuh bulan berumur 22 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Vietnam serta lima lelaki berumur antara 20-an hingga 30-an di Blok B Prima Kondominium Bercham, kira-kira 7 malam.

"Dua lelaki dan wanita warga Vietnam itu ditahan ketika berada dalam Proton Wira di perkarangan kondominium manakala empat lagi termasuk wanita mengandung tersebut ditahan dalam sebuah unit rumah di kondominium itu.

"Ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan antaranya barang kemas, beg tangan, telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati semua suspek terlibat dalam lima kes penipuan di Ipoh membabitkan kerugian RM307,450 dengan kes terbaharu, Rabu lalu membabitkan seorang peniaga sayur yang mengalami kerugian RM31,000.

"Polis sedang menjejak seorang lagi lelaki dipercayai suspek utama kes itu yang membawa lari wang peniaga sayur terbabit," katanya.

Menurut Lee, tiga suspek yang berasal dari Perak, dua dari Sarawak manakala dua suspek masing-masing dari Johor dan Vietnam itu direman selama empat hari bermula Khamis.

Katanya hasil semakan rekod, kesemua suspek pernah ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan sama iaitu enam kes pada 2014 manakala pada 2015 dan 2016 masing-masing 17 serta dua kes.

"Semua kes itu meliputi penipuan di Kedah (dua kes); Kelantan (satu kes); Pulau Pinang (tiga kes); Kuala Lumpur (sembilan kes); Negeri Sembilan (sembilan kes) dan Pahang (satu kes)," katanya.

Lee turut menasihati orang awam agar berwaspada dan tidak mudah mempercayai taktik penipuan sedemikian dan tidak tamak kerana ia membawa kerugian besar kepada mereka.

"Kerjasama orang awam dalam memberi maklumat juga sangat dialu-alukan bagi membantu polis menyelesaikan kes sebegini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gores , Menang , Lee Ewe Kiang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan