Tindakan Tegas Jika Halang Tugas Penjawat Awam - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang awam yang menghalang tugas penjawat awam khususnya petugas wanita, boleh dikenakan tindakan yang tegas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua individu yang menghalang tugas dua penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh yang viral di media sosial sejak Khamis.

"Tindakan sedemikian jelas menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan juga berunsurkan gangguan seksual.

"Jadi saya menasihatkan orang ramai tidak sesekali cuba hendak buli penguat kuasa wanita yang menjalankan tugas kerana kami sudah pasti akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kes itu.

"Kedua-dua suspek telah ditahan petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Abdul Aziz Awang berkata suspek telah dituduh di Mahkamah Shah Alam hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya," katanya. 

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Ketua Polis Negara , MBSA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan