Penemuan Cap Palsu JAKRIM Bongkar Sindiket Pemalsuan Pasport

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penemuan cap menyerupai cap milik  Jawatankuasa Rayuan Imigresen (JAKRIM) yang disembunyikan di dalam kasut ketika serbuan di sebuah unit kondominium Titiwangsa Sentral, Jalan Cemur awal pagi Jumaat membongkar sindiket pemalsuan pasport dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Timbalan Pengarah (Kawalan) Imigresen Kuala Lumpur Mohammed Khalil Ali berkata dalam operasi pada 12.20 pagi itu pihaknya turut menahan lima lelaki warga Pakistan dan seorang wanita warga Indonesia.

"Kesemua mereka disyaki menjalankan sindiket pemalsuan pasport dan PLKS setelah kami menemui cap yang disyaki palsu itu di dalam kasut yang diletakkan atas rak kasut bersama 25 pasport milik orang lain.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mereka yang berusia antara 19 dan 39 tahun itu mendapati empat daripada mereka tinggal melebihi tempoh lawatan manakala dua lagi tidak memiliki sebarang dokumen," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Mohammed Khalil berkata serbuan hasil risikan selama sebulan itu turut merampas pelekat PLKS disyaki palsu yang belum diproses bersama beberapa pasport milik warga asing dan sebuah komputer riba dipercayai mengandungi maklumat sindiket pemalsuan dokumen serta sebuah buku akaun bank.

Beliau berkata pihaknya akan merujuk kepada kedutaan negara yang terlibat bagi menyiasat dokumen yang dirampas.

"Imigresen juga sedang menyiasat modus operandi sindiket berkenaan serta peranan wanita yang ditahan itu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 55 (1)(B) Akta Imigresen 1959/63 manakala kesemua yang ditangkap dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta serta direman selama 14 hari bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: cop palsu , JAKRIM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan