Mangsa Dera Beransur Pulih, Jenazah Adik Dituntut Nenek

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 3:22 PM

POLIS mengiringi dua suspek untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 24 November 2016, berkaitan kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah Flat Paya Nahu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Keadaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, yang dipercayai mangsa dera teman lelaki ibunya, semakin beransur pulih, menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Datin Norhashimah Md Nowar.

Beliau bersama-sama anggota Puteri UMNO negeri menziarah kanak-kanak malang itu di wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Jumaat dan menyampaikan sumbangan wang (yang diamanahkan kepada pihak hospital) serta dua patung beruang.

"Saya sempat berbual dengan doktor dan difahamkan bahawa keadaannya stabil, cuma luka pada muka, kesan lebam dan bengkak masih jelas kelihatan selain patah tulang bahu kanan," katanya kepada pemberita di lobi hospital di sini.

"Saya turut bersedih dengan keadaannya, tidak sepatutnya pada usia begitu dia mengalami perkara seperti ini," kata Norhashimah.

Kanak-kanak itu bagaimanapun sedang tidur, ketika mereka tiba, menurut doktor dia sudah sedar dan memberikan respons bahkan mengadu sakit, sejuk dan memanggil ibunya walaupun pertuturannya terhad, katanya.

Norhashimah berkata segala urusan berkenaan kanak-kanak itu akan dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hospital memandangkan ia masih dalam siasatan polis, namun Puteri UMNO akan memantau perkembangannya untuk membantu.

Beliau turut dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu masih trauma dan tidak boleh melihat orang dewasa.

Berikutan penemuan kanak-kanak perempuan itu, polis menemui mayat adik lelakinya, berusia dua tahun, juga dipercayai didera, pada kira-kira 1.25 pagi semalam di dalam tong ikan sebuah bilik di Flet Paya Nahu, Sungai Petani,

Di ALOR SETAR, jenazah kanak-kanak lelaki berkenaan dituntut ahli keluarganya Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata jenazah kanak-kanak itu dituntut oleh nenek mangsa Aziah Tahir berusia lingkungan awal 60-an di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, kira-kira pukul 7 pagi.

Jenazah kemudian dibawa balik ke rumah neneknya di Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Sungai Petani untuk dikebumikan di tanah perkuburan di belakang Laguna , Merbok, kira-kira pukul 10 pagi.

Md Zukir berkata laporan bedah siasat belum boleh diketahui kerana menunggu ujian sampel yang dihantar ke makmal bagi mengenal pasti punca kematian.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan dibalut kain selimut dan telah mereput.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa berusia 24 tahun dilaporkan memaklumkan kepada polis berhubung mayat anak lelakinya yang disorokkan di dalam tong berkenaan akibat didera oleh teman lelakinya berusia 34 tahun pada 9 November lalu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dera , Flat Paya Nahu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan