Rusuhan Parlimen: Polis Buru Anak Tajuddin

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dikenal pasti antara sepuluh individu yang terlibat dalam kejadian rusuhan di luar Parlimen.

Susulan itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh meminta Firdaus Tajuddin, 34, bersama sembilan individu lain termasuk dua wanita supaya menyerah diri kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

"Laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis yang bertugas di Parlimen dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana individu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sembilan individu lain yang diminta menyerah diri ialah Mohd Rizal Sahfie, Ariffin Mohamed Ali, Hasnah Md Razali, Erwan Halmi, Sapiah Aini Sulaiman, Norfirdaus Ahmad Zanian, Azmir Ahmad, Mohd Saffek Mohd Saleh dan Mohd Faizal Saidina Omar.

Terdahulu kumpulan berkenaan yang dipercayai ahli Umno Bahagian Pasir Salak bertindak menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika memasuki kawasan Parlimen.

Khalid dikerumuni kumpulan berkenaan sebaik sahaja beliau keluar dari keretanya yang diletak bersebelahan pintu masuk ke Dewan Rakyat.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila Khalid memanggil Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sebagai 'menteri sial' pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Ia berlaku selepas Tajuddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai "satu-satunya wanita di Seputeh yang mempunyai 'Kok."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan