Menara Penyejukan BBSA Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua menara penyejukan yang sedang dinaiktaraf di Loji Pencetakan Balai Berita Shah Alam terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian berlaku ketika kontraktor sedang menjalankan kerja menukar menara penyejukan di bahagian atas bangunan loji berkenaan.

Ketua Balai Kota Anggerik, Ahmad Nazmi Halil,  berkata ia membabitkan dua unit menara penyejukan yang terbakar hampir 90 peratus manakala sebuah lagi menara turut terjejas.

"Sembilan anggota Bomba dan Penyelamat dan satu jentera serta sebuah tangki air dikerahkan ke lokasi.

"Pasukan kami sedang giat menjalankan pemadaman dan api sudah dapat dikawal ketika ini," katanya seperti dilaporkan portal berita Berita Harian.

Sementara itu, seorang kakitangan, Norlian Nordin, berkata sebaik menyedari berlaku kebakaran beliau segera memaklumkan kepada rakan lain.

Ketika kejadian, kebanyakan kakitangan keluar pada waktu rehat.

Tags / Kata Kunci: Balai Berita Shah Alam , Kebakaran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan