Pekerja Kilang Maut Dihempap Marmar Lebih 100Kg

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 8:03 PM

Kejadian berlaku ketika pekerja tersebut sedang memasukkan muatan jubin granit ke dalam kontena dan jubin tersebut terbalik menimpa mangsa. Mangsa mati di tempat kejadian. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang warga Bangladesh maut manakala dua rakannya cedera dengan seorang daripadanya parah selepas dihempap kepingan marmar lebih 100 kilogram di sebuah kilang di Simpang Pulai dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berumur 30 tahun dan belum diketahui identitinya meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozmi Che Hamat berkata ketika kejadian mangsa dan dua lagi rakannya sedang menyusun kepingan marmar ke dalam kontena sebelum ia terbalik dan menghempap mereka.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 4.33 petang sebelum 11 anggota dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Rozmi berkata dua lagi yang cedera juga merupakan warga Bangladesh dan masing-masing mengalami patah rusuk selain beberapa kecederaan lain.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pukul 6 petang tadi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan