Tujuh Rakyat Indonesia Miliki Dokumen Palsu Dipenjara 24 Bulan

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis menjatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM4,000 terhadap tujuh rakyat Indonesia keranamemiliki Kad Pengenalan dan Dokumen Sementara palsu.

Majistret Suhailla Selag memerintahkan mereka dipenjara 6 bulan jika gagal membayar denda itu.

Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas Faridah Malik,Salmah Ambotang,Mirnawati Ahmad, Suriadi Baba,Mohamad Siri Kanna, Baba Sappe dan Senanghati Benga, yang di antara 23 hingga 57 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan-Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 2, Tingkat A3, Bangunan Nombor 3, Jalan Dua, Bandar Sandakan kira-kira 9.10 malam, 11 November 2016.

Suhailla memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman daripada tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.

Mengikut fakta kes kesemua tertuduh dan sepasang suami isteri ditahandalam satu serbuan oleh anggota penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima anggota polis di rumah berkenaan.

Pemeriksaan mendapati kesemua kad pengenalan dan dokumen yang dalam pemilikan mereka tiada dalam data simpanan JPN.

Pegawai Pendakwa JPNMohd Fazdhly Abdul Razak mengendalikan pendakwaan kes itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dokumen Palsu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan