Rasuah: SPRM Panggil Enam Saksi Bantu Siasat Kes Medan Selera Labuan

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 9:50 PM

Mohd Azam Baki

Datuk Azam Baki

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pembinaan medan selera bernilai RM12 juta di Tanjung Purun.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata setakat ini, tiada tangkapan atau rampasan baru dilakukan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pasukan penyiasat SPRM masih meneliti dokumen bagi memastikan jumlah dan nilai projek yang berkaitan dengan kes itu.

Pada Isnin, seorang pengarah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan yang berusia 59 tahun dan dua kontraktor berusia dalam lingkungan 40-an ditahan SPRM.

Mahkamah Majistret memerintahkan pengarah itu dan dua kontraktor berkenaan  ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes itu.

Berikutan penahanan itu, SPRM membekukan 12 akaun bank pengarah itu dan anggota keluarganya membabitkan RM899,000, yang dipercayai sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang diraih menerusi rasuah.

SPRM juga sedang mengesan akaun bank lain suspek berkenaan.
Tags / Kata Kunci: SPRM , rasuah , medan selera , Datuk Azam Baki

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan